PERHATIAN!
Blog ini telah berpindah ke blog baru. Sila layari:
http://dariperantauan.blogspot.com/
Harap Maklum.
Road To Wembley…
Salam untuk semua…
Petang Sabtu lepas, aku dan Yus berkesempatan ke Wembley Stadium untuk melihat perlawanan bola FA Cup Semi-Final antara Chelsea dan Arsenal. Kebetulan ada kawan jual tiket bola dan bagi aku diskaun… memikirkan ni peluang baik dan first time aku tengok bole ‘live’ kat stadium, aku pun beli 2 tiket dengan harga 70 Pound setiap satu.
Pagi2 lagi dah berkobar-kobar, tak sabar nak pegi stadium pada petang tu. Kami keluar dari rumah dalam kul 2.30 ptg… menaiki Tube dari Leyton. Sampai di Liverpool Street, kena tukar tube lain… pada masa ni terdapat ramai penyokong Arsenal berbaju merah. Punye la ramai… takut pun ada jugak sbb kami berdua je yg pakai baju Chelsea. Polis pun ramai masa tu… harap2 takde la berlaku ape2 pergaduhan. Sampai di hentian lain… baru la rasa lega sbb ramai jugak penyokong Chelsea.

Wembley Stadium
Sampai di Tube Wembley Park, punye la ramai orang terutama penyokong kedua-dua pasukan. Sepanjang perjalanan masuk ke stadium, aku dan Yus tak lepaskan peluang utk bergambar sakan. Selepas slot tiket utk masuk ke stadium, kami menjalani pemeriksaan pula… habis beg kami digeledah. Air yang kami bawa terpaksa dikeluarkan kerana peraturan di stadium tidak membenarkan penyokong membawa masuk botol air. Kamera pula dibenarkan dengan syarat semasa perlawanan bermula, kamera perlu disimpan. Selesai pemeriksaan, kami mencari seat… tak sangka kami dapat row ke-3 dari depan dan memang dekat dengan padang. Memang seronok sangat masa tu (sbb pada mulanye kami menyangka dapat tempat duduk di tingkat atas).

Dalam Stadium

Penyokong Aesenal

Penyokong Chelsea

Meraikan kemenangan Chelsea
Aku dan Yus tak lepaskan peluang bergambar dalam stadium ni dan paling best dapat tengok pemain dengan lebih dekat. Sebenarnye aku peminat Arsenal, tp sbb tiket yg aku dpt tu utk penyokong Chelsea… kena la sokong Chelsea kali ni. Sedih jugak bile Arsenal kalah. Tapi tu semua tak penting dah… yg penting aku dpt masuk stadium dan tengok bola ‘live’.

Luar Stadium… masa nak balik
Habis perlawanan, kami stay kat dlm stadium… seronok tengok penyokong2 Chelsea meraikan kemenangan pasukan mereka. Kuar stadium, kami bergambar dulu sebelum bergerak menuju ke Tube utk pulang ke rumah. Masa nak naik Tube pun punya la panjang beratur. Ada yg menyanyi dan macam2 ragam lagi. Apa yang pasti… pengalaman ni paling berharga bagi kami.
Wassalam.
Spring 2009
Salam untuk semua…
Setelah menempuh musim sejuk awal 2009… bermula era baru kehidupan aku kat sini. Spring 2009… musim yang menjanjikan lebih banyak cahaya matahari, langit membiru, ladang menghijau, dan seterusnya menaikkan semangat untuk study.
Aktiviti utama musim Spring, sudah tentu aktiviti yang ditunggu-tunggu oleh warga melayu East London… Car Boot Sale. Bermula dari Dunton, ke Nevendon dan seterusnya ke Chigwell… barang-barang yang aku cari.. sudah tentu Jersi bola, seluar Levi’s dan ape saje yg aku rasa perlu utk aku beli.

Car Boot Sale

CBS pertama yang dilawati adalah Dunton dan memberikan hasil apabila ada satu booth menjual jersi2 Chelsea baru dengan harga hanya 10 pound. Aku sapu 4 terus… yang ni mungkin untuk koleksi peribadi. Harga market mungkin mencecah 30 pound satu.





Dunton terletak di East London atau Essex, di tengah2 kawasan ladang, bersebelahan lebuh A127. Keadaan kawasan yang tenang menghijau menyebabkan kaki aku terus menekan minyak kereta untuk explore seluruh kawasan ni… sehinggakan stereng keretaku membawa aku dan Yus ke sebuah pulau… iaitu Canvey Island. Keadaan pulau amat tenang, tidak crowded, dan nampak bersih. Tetapi keadaan lautnya agak kotor, mungkin disebabkan pantainya lebih digunakan sebagai pelabuhan… teringatkan aku kawasan Tanjug Harapan, Kelang. Cuma di Canvey Island ni tiada medan ikan bakarlah. Melihatkan kawasan lautnya yang agak panjang, menyukarkan aku berjalan ke seluruh kawasan Canvey Island… sehinggakan memberikan aku satu idea untuk membeli basikal. Mungkin dengan adanya basikal, aku dan Yus dapat melihat keseluruhan kawasan dengan lebih mudah di samping beriadah.
Balik ke rumah pada petang tu, terus aku melihat ebay… mengharapkan ada orang nak let go basikal. Disebabkan kereta aku kecil, jd aku fikir lebih baik beli basikal yang boleh lipat… dan agak murah rezeki hari itu apabila ada orang nak jual basikal dengan harga 35 Pound… dan yang paling best basikal tu masih baru lagi. Kebetulan tempoh bid hanya tinggal 45 min lg dan tiada siapa bid utk basikal tersebut. Aku pun standby… agak2 dalam 2 min sebelum tempoh bid berakhir, aku menekan bid dan selepas 2 minit, aku diisytiharkan pemenang. Dapatlah aku beli basikal lipat yang pertama utk kami berdua. Namun, basikal tersebut perlu aku ambil sendiri di West Sussex… selatan London. Aku bercadang untuk mengambilnye pada hari Sabtu hadapan saja.


Kami Tewas Ditinju ‘Boxing Day’
Salam….
Post kali ini merupakan sambungan dari ”Kembara Konvoi ke Plymouth”. Kami tiba di rumah pada 24 Disember 2008 pukul 3 pagi. Sepanjang hari tu kami hanya berehat di rumah… dapat la melepaskan penat sepanjang konvoi sebelumnya. Pada 25 Disember pula kami dapat jemputan di rumah Shahrin. Biasa la… dah takde pape nak buat time krismas tu, baik kitorang buat gathering. Sekurang2nya dapat merapatkan lagi kejiranan kami.
Esoknya, iaitu 26 Disember… kami sekali lagi diajak konvoi tapi kali ni bersama Abg Taufik, Hafiz dan Amin. Ada jugak family lain (Faizal dan Kak Suhaida). Kami bergerak ke Ashford Designer Outlet pada pukul 8.30 pagi. 26 Disember di sini dipanggil sebagai “Boxing Day”. tapi bukan bermakna boxing. Ia adalah hari orang ramai untuk keluar membeli-belah yang mana pada hari tersebut, barangan terutama yang berjenama dijual dengan harga diskaun sehingga 50%. Kami tiba di sana pada pukul 9.30 pagi. Namun, suasana di situ tidaklah seperti yang kami bayangkan. (tidak beratur panjang di kaunter & tidak terlalu ramai orang). Namun, ada juga beberapa barangan yang kami beli. Kami balik ke rumah dalam pukul 4 petang.

Ashford
Keesokannya, iaitu pada 27 Disember… kami ke rumah Kak Raudhiah yang mejemput kami makan tengahari di situ. Lame tak merasa “Bakso”…. ntah berapa kali la tambah. Pukul 3 petang, kami ke Harrods. Sampai di sana… mengeluh panjang. Apa tidaknya…. terlalu ramai orang sehinggakan nak masuk ke dalam pun terpaksa berhimpit-himpit. Sudahnya tak ada ape yang kami beli. Tapi perfume yang dijual pada masa tu memang tersangat murah. Balik dari Harrods, kami terus ke rumah Adnan. Borak punye borak… tak sedar dah pukul 1 pagi.
Pada 29 Disember, kami telah pergi ke Swindon Designer Outlet. Di sinilah segalanya bermula… Barangan yang mungkin aku tak akan beli di Malaysia, tapi kat sini… aku sapu. Masuk di kedai Nike…. mula2 tak percaya jugak dengan harga dan offer yang ada. Tapi akhirnya… 4 pasang kasut (boot) aku beli. Beli 1, percuma 1…. sape yang tak nak kan….Lepas tu kami masuk ke kedai Timberland…. ape lagi, dua pasang kasut menjadi tarikan. Akhirnya aku sapu jugak.

Nike… Boot


Timberland
30 Disember kami ke Bicester Village plak. Tapi disebabkan harga barangan kat sini boleh tahan mahalnya… kami hanya melihat-lihat saja. Baliknya, kami singgah di Oxford…. bergambar di Oxford University dan singgah di kedai menjual souvenir. Kat sini pun dekat 200 Pound habis. Ape taknye… melihat baju2 dan jersi yg tak mungkin ada di tempat lain… akhirnya aku sapu jugak… haha.



Pada 2 Januari pula kami pergi ke Bridgened Designer Outlet. Perjalanan agak jauh jugak dalam 3 jam… dapat la tengok Cardiff. Tak sangka sampai ke Wales kami pergi. Sampai di Bridgened, terus masuk ke kedai Gap. Ada la beberapa helai baju yang dibeli. Seterusnya, kami masuk ke kedai Levi’s. Mula2 nak tengok2 je…. tapi terlihatkan Levi’s 501 dengan harga 20 Pound…. terus je capai 3 helai. Dah tak fikir ape lagi…. memang murah la tu. Kedai2 lain pun boleh tahan diskaun yang diberi… Jenama Clarks pun banyak pilihan di sini dan memang puas hati.

Levi’s
Itu la kisahnye… konon nak jimat2…. tapi akhirnye tertewas jugak ditinju “Boxing Day”. Tapi, takpe la… semua barang yang aku beli tu mungkin aku perlukannya pada masa akan datang. Selain, sebagai souvenir untuk family aku.Time ni je la nak shopping pun…. lepas ni kena la beringat.


Ok…. jumpe lagi di lain hari.
Wassalam.
Kembara Konvoi Ke Plymouth
Salam…
Selamat Tahun Baru dan Maal Hijrah buat semua yang mengenali kami.
Lame aku tak update blog ni… Ada beberapa peristiwa yang berlaku, cumanye aku baru sempat nak update sekarang.
Menjelang hujung tahun 2008, School aku break selama 2 minggu bermula 20 Disember 2008 hingga 4 Jan 2009. Jadi, kesempatan ni aku ambil untuk menjelajah bumi UK. Kebetulan ada kewangan lebih sikit, Alhamdulillah. Kebetulan, Adnan dan Hafiz sekeluarga ajak konvoi. Bermula dengan panggilan Hafiz yang ajak aku booking Travelodge bersama di St. Austell, Saltash dan Whippon Down. Kebetulan, eksperimen aku tengah down, memang rezeki aku untuk berjalan hujung-hujung tahun ni. Jadi, aku memulakan perjalanan pertama aku keluar dari London ke Plymouth, lebih kurang 200 mile (320 km) dari London.
Antara tempat-tempat menarik yang kitorang pergi termasuklah Stonehenge, Castle Drogo, Plymouth, Land’s End, dan Eden Project. Masa berjalan memang la seronok. Makan pulak masing2 bawak menu yang disediakan seperti yang dirancang. Tapi bile dah balik terasa penatnye…. sehari pun tak cukup berehat. Apepun, thanks kat family lain yang sama2 pergi konvoi tu. Tanpa korang semua, takde la kitorang bejalan jauh2 camni. Utk konvoi seterusnye jgn lupe ajak kitorang sekali.
Kat bawah ni ada beberapa gambar masa konvoi ke Plymouth tu… Yang lain-lain bole la tengok kat Facebook aku.
Di Stonehenge
Di Castle Drogo
Di Plymouth
Di Land’s End
Di Eden Project
Sampai sini dulu…. ada lagi citer best lepas ni….
Wassalam.
December 2008 : Tribute Jerseys for Friends…The 3rd Wave
Salam…
Jersi lagi… The 3rd Wave. Kali ni untuk kawan2 rapat dan family yang lain.
Ada la duit lebih sikit ni, aku beli beberapa helai jersi lagi untuk kawan-kawan lama dari UKM, kawan di Melaka yang belum dapat lagi, rakan sepermainan di Bangi, dan keluarga di kedua-dua belah pihak.
Kali ni banyak jersi England yang aku dapat. Siap ada nama belakang lagi… Lampard, Terry, Gerrard, dan Rooney. Kalau ikut harga sebenar… mampu menjangkau sehingga 50 Pound sehelai. Tapi untuk kawan-kawan dan keluarga tersayang, aku hadiahkan untuk buat kenang-kenangan.
Aku takde jersi takpe… tapi kawan mesti pakai jersi nih. Kalau kumpul semua, bole buat satu team bola ni. Ada duit lebih, kite makan sama2…
ok, wassalam.
Ford KA
Salam untuk semua….
Lame aku tak update blog ni. Nak kate busy takde la busy mane pun. Maybe sbb belum ade citer best yg aku nak citer kat korang… tu yg tak terupdate blog ni.
Anyway, sekarang ni pun dah start sejuk kat sini. Nak kuar jalan2 pun kena tengok weather dulu. Kalau hujan dr pagi, baik duk kat umah je, takyah la kuar. Apa yg aku buat… layan movie je la. Ahad lepas dapat la tengok snow. Tu pun sekejap je. Tak sabar nak tunggu winter nanti.
Citer pasal keta, aku dah pun beli keta sekarang ni. Keta Ford KA tahun 2000. Harga pun bole tahan dekat 1300 Pound. Walaupun kecik aku rasa selesa utk aku dgn org umah jalan2 berdua je. Keta yg aku beli ni ada LPG (kat Malaysia NGV). Bole la jimat2 duit minyak sikit.
Walaupun dah 2 minggu aku beli keta… Tapi rasenye baru 2 kali je aku bawak. Sabtu lepas, kononnya nak pegi cari Carboot kat Kilburn. Pagi2 lg dah kuar umah, semangat waja la katakan. Aku pun berpandukan map yang ada (kat sini map yg popular Tomtom, tp aku guna Garmin). Pusing2 sampai masuk central… Carboot belum jumpe, aku yg dah pening dulu. Ye la takut jugak kena saman sbb tak biasa lg jalan kat central ni. Kamera punye la banyak. Hopefully takde la saman yg sampai kat umah.
Lastly terus je masuk highway nak ke Oxford… apelagi terus la plan ke Beicester Villlage plak. Nasib baik tak susah cari jalan ke sana. Ape ada kat Beicester Village? Kat sini dikira cam shopping complex jugak. Banyak la barang2 brand… tp aku tengok je la. Kalau korang banyak duit, bole la nak shopping kat sini. Bg aku, lg puas hati kalau nak beli barang, baik pegi Oxford Street je. Lg murah dan banyak pilihan.
Cakap pasal shopping… tak lame lg krismas. So, banyak la sales time tu. Aku pun dengar citer dari kawan2 kat sini… diorang kate kalau nak shopping pegi time Boxing Day. Time tu ada less sampai 70%-90%. Tengok la nanti kalau ada pape barang yg berkenan, bole la beli. Utk member dan family kat Malaysia, InsyaAllah nanti ape yg korang nak akan ditunaikan.
Ok, jumpe lagi next time. Wassalam.
SALAM AIDILFITRI
SALAM AIDILFITRI BUAT KELUARGA DAN SEMUA RAKAN2 YANG MENGENALI KAMI. SALAM KEMAAFAN DIPOHON ANDAI TERDAPAT SEBARANG SALAH DAN SILAP. SEMOGA AIDILFITRI KALI INI LEBIH BERMAKNA DAN MEMBAWA SERIBU KEMANISAN.
INILAH KALI PERTAMA AKU BERAYA DI PERANTAUAN. PAGI2 LAGI DAH KUAR RUMAH PEGI MALAYSIAN HALL UNTUK SOLAT HARI RAYA. SAMPAI DI SANA MEMANG TERASA MERIAH SIKIT SEBAB RAMAI ORANG MALAYSIA BERKUMPUL TERUTAMANYA STUDENT. TAK LA TERASA SEDIH SANGAT.
DI SINI, TRADISI KUNJUNG-MENGUNJUNG DAN OPEN HOUSE MASIH DIAMALKAN SAMA SEPERTI DI MALAYSIA. WALAUPUN JAUH DARI TANAHAIR SENDIRI, KETUPAT DAN RENDANG TETAP MENJADI MENU UTAMA DI HARI RAYA. MASA NI LA DAPAT KENAL LEBIH RAMAI KAWAN.
BUAT RAKAN2 DI MALAYSIA, SALAM AIDILFITRI… JANGAN LUPE AKU KAT SINI. JUMPE LAGI DI LAIN MASA.
WASSALAM.
South Bank Visit, Terima Kasih
Pada 11 September 2008, Punesh telah datang ke rumah aku. Thanks a lot because sudi bawakkan rempah2 aku dari Malaysia. Berat jugak tu sampai 8 kg. Punesh datang ke London untuk presentation di Brunel University. Sempat jugak aku pegi sane, tengok presentation tu. Kebetulan Zuhriah pun ada same… banyak la cerita yang dikongsi bersama.
Masa Punesh di London, ada la aku bawak dia pusing satu London. Walaupun tak dapat lama, sekejap pun jadi la. Malam terakhir di London, Punesh bermalam di rumah aku. Aku bawak dia melawat family Melayu yang dekat dengan rumah aku. Sampai tengah malam, baru la balik umah tido. Thanks jugak sebab sudi tolong aku angkat TV pada malam tu.
Jumpe lagi di lain masa…
Leave a Comment















