Kami Tewas Ditinju ‘Boxing Day’
Salam….
Post kali ini merupakan sambungan dari ”Kembara Konvoi ke Plymouth”. Kami tiba di rumah pada 24 Disember 2008 pukul 3 pagi. Sepanjang hari tu kami hanya berehat di rumah… dapat la melepaskan penat sepanjang konvoi sebelumnya. Pada 25 Disember pula kami dapat jemputan di rumah Shahrin. Biasa la… dah takde pape nak buat time krismas tu, baik kitorang buat gathering. Sekurang2nya dapat merapatkan lagi kejiranan kami.
Esoknya, iaitu 26 Disember… kami sekali lagi diajak konvoi tapi kali ni bersama Abg Taufik, Hafiz dan Amin. Ada jugak family lain (Faizal dan Kak Suhaida). Kami bergerak ke Ashford Designer Outlet pada pukul 8.30 pagi. 26 Disember di sini dipanggil sebagai “Boxing Day”. tapi bukan bermakna boxing. Ia adalah hari orang ramai untuk keluar membeli-belah yang mana pada hari tersebut, barangan terutama yang berjenama dijual dengan harga diskaun sehingga 50%. Kami tiba di sana pada pukul 9.30 pagi. Namun, suasana di situ tidaklah seperti yang kami bayangkan. (tidak beratur panjang di kaunter & tidak terlalu ramai orang). Namun, ada juga beberapa barangan yang kami beli. Kami balik ke rumah dalam pukul 4 petang.

Ashford
Keesokannya, iaitu pada 27 Disember… kami ke rumah Kak Raudhiah yang mejemput kami makan tengahari di situ. Lame tak merasa “Bakso”…. ntah berapa kali la tambah. Pukul 3 petang, kami ke Harrods. Sampai di sana… mengeluh panjang. Apa tidaknya…. terlalu ramai orang sehinggakan nak masuk ke dalam pun terpaksa berhimpit-himpit. Sudahnya tak ada ape yang kami beli. Tapi perfume yang dijual pada masa tu memang tersangat murah. Balik dari Harrods, kami terus ke rumah Adnan. Borak punye borak… tak sedar dah pukul 1 pagi.
Pada 29 Disember, kami telah pergi ke Swindon Designer Outlet. Di sinilah segalanya bermula… Barangan yang mungkin aku tak akan beli di Malaysia, tapi kat sini… aku sapu. Masuk di kedai Nike…. mula2 tak percaya jugak dengan harga dan offer yang ada. Tapi akhirnya… 4 pasang kasut (boot) aku beli. Beli 1, percuma 1…. sape yang tak nak kan….Lepas tu kami masuk ke kedai Timberland…. ape lagi, dua pasang kasut menjadi tarikan. Akhirnya aku sapu jugak.

Nike… Boot


Timberland
30 Disember kami ke Bicester Village plak. Tapi disebabkan harga barangan kat sini boleh tahan mahalnya… kami hanya melihat-lihat saja. Baliknya, kami singgah di Oxford…. bergambar di Oxford University dan singgah di kedai menjual souvenir. Kat sini pun dekat 200 Pound habis. Ape taknye… melihat baju2 dan jersi yg tak mungkin ada di tempat lain… akhirnya aku sapu jugak… haha.



Pada 2 Januari pula kami pergi ke Bridgened Designer Outlet. Perjalanan agak jauh jugak dalam 3 jam… dapat la tengok Cardiff. Tak sangka sampai ke Wales kami pergi. Sampai di Bridgened, terus masuk ke kedai Gap. Ada la beberapa helai baju yang dibeli. Seterusnya, kami masuk ke kedai Levi’s. Mula2 nak tengok2 je…. tapi terlihatkan Levi’s 501 dengan harga 20 Pound…. terus je capai 3 helai. Dah tak fikir ape lagi…. memang murah la tu. Kedai2 lain pun boleh tahan diskaun yang diberi… Jenama Clarks pun banyak pilihan di sini dan memang puas hati.

Levi’s
Itu la kisahnye… konon nak jimat2…. tapi akhirnye tertewas jugak ditinju “Boxing Day”. Tapi, takpe la… semua barang yang aku beli tu mungkin aku perlukannya pada masa akan datang. Selain, sebagai souvenir untuk family aku.Time ni je la nak shopping pun…. lepas ni kena la beringat.


Ok…. jumpe lagi di lain hari.
Wassalam.