Spring 2009
Salam untuk semua…
Setelah menempuh musim sejuk awal 2009… bermula era baru kehidupan aku kat sini. Spring 2009… musim yang menjanjikan lebih banyak cahaya matahari, langit membiru, ladang menghijau, dan seterusnya menaikkan semangat untuk study.
Aktiviti utama musim Spring, sudah tentu aktiviti yang ditunggu-tunggu oleh warga melayu East London… Car Boot Sale. Bermula dari Dunton, ke Nevendon dan seterusnya ke Chigwell… barang-barang yang aku cari.. sudah tentu Jersi bola, seluar Levi’s dan ape saje yg aku rasa perlu utk aku beli.

Car Boot Sale

CBS pertama yang dilawati adalah Dunton dan memberikan hasil apabila ada satu booth menjual jersi2 Chelsea baru dengan harga hanya 10 pound. Aku sapu 4 terus… yang ni mungkin untuk koleksi peribadi. Harga market mungkin mencecah 30 pound satu.





Dunton terletak di East London atau Essex, di tengah2 kawasan ladang, bersebelahan lebuh A127. Keadaan kawasan yang tenang menghijau menyebabkan kaki aku terus menekan minyak kereta untuk explore seluruh kawasan ni… sehinggakan stereng keretaku membawa aku dan Yus ke sebuah pulau… iaitu Canvey Island. Keadaan pulau amat tenang, tidak crowded, dan nampak bersih. Tetapi keadaan lautnya agak kotor, mungkin disebabkan pantainya lebih digunakan sebagai pelabuhan… teringatkan aku kawasan Tanjug Harapan, Kelang. Cuma di Canvey Island ni tiada medan ikan bakarlah. Melihatkan kawasan lautnya yang agak panjang, menyukarkan aku berjalan ke seluruh kawasan Canvey Island… sehinggakan memberikan aku satu idea untuk membeli basikal. Mungkin dengan adanya basikal, aku dan Yus dapat melihat keseluruhan kawasan dengan lebih mudah di samping beriadah.
Balik ke rumah pada petang tu, terus aku melihat ebay… mengharapkan ada orang nak let go basikal. Disebabkan kereta aku kecil, jd aku fikir lebih baik beli basikal yang boleh lipat… dan agak murah rezeki hari itu apabila ada orang nak jual basikal dengan harga 35 Pound… dan yang paling best basikal tu masih baru lagi. Kebetulan tempoh bid hanya tinggal 45 min lg dan tiada siapa bid utk basikal tersebut. Aku pun standby… agak2 dalam 2 min sebelum tempoh bid berakhir, aku menekan bid dan selepas 2 minit, aku diisytiharkan pemenang. Dapatlah aku beli basikal lipat yang pertama utk kami berdua. Namun, basikal tersebut perlu aku ambil sendiri di West Sussex… selatan London. Aku bercadang untuk mengambilnye pada hari Sabtu hadapan saja.

