Road To Wembley…

Salam untuk semua…

Petang Sabtu lepas, aku dan Yus berkesempatan ke Wembley Stadium untuk melihat perlawanan bola FA Cup Semi-Final antara Chelsea dan Arsenal. Kebetulan ada kawan jual tiket bola dan bagi aku diskaun… memikirkan ni peluang baik dan first time aku tengok bole ‘live’ kat stadium, aku pun beli 2 tiket dengan harga 70 Pound setiap satu.

Pagi2 lagi dah berkobar-kobar, tak sabar nak pegi stadium pada petang tu. Kami keluar dari rumah dalam kul 2.30 ptg… menaiki Tube dari Leyton. Sampai di Liverpool Street, kena tukar tube lain… pada masa ni terdapat ramai penyokong Arsenal berbaju merah. Punye la ramai… takut pun ada jugak sbb kami berdua je yg pakai baju Chelsea. Polis pun ramai masa tu… harap2 takde la berlaku ape2 pergaduhan. Sampai di hentian lain… baru la rasa lega sbb ramai jugak penyokong Chelsea.

024

Wembley Stadium

Sampai di Tube Wembley Park, punye la ramai orang terutama penyokong kedua-dua pasukan. Sepanjang perjalanan masuk ke stadium, aku dan Yus tak lepaskan peluang utk bergambar sakan. Selepas slot tiket utk masuk ke stadium, kami menjalani pemeriksaan pula… habis beg kami digeledah. Air yang kami bawa terpaksa dikeluarkan kerana peraturan di stadium tidak membenarkan penyokong membawa masuk botol air. Kamera pula dibenarkan dengan syarat semasa perlawanan bermula, kamera perlu disimpan. Selesai pemeriksaan, kami mencari seat… tak sangka kami dapat row ke-3 dari depan dan memang dekat dengan padang. Memang seronok sangat masa tu (sbb pada mulanye kami menyangka dapat tempat duduk di tingkat atas).   

046

Dalam Stadium

053

Penyokong Aesenal

054

Penyokong Chelsea

071

Meraikan kemenangan Chelsea

Aku dan Yus tak lepaskan peluang bergambar dalam stadium ni dan paling best dapat tengok pemain dengan lebih dekat. Sebenarnye aku peminat Arsenal, tp sbb tiket yg aku dpt tu utk penyokong Chelsea… kena la sokong Chelsea kali ni. Sedih jugak bile Arsenal kalah. Tapi tu semua tak penting dah… yg penting aku dpt masuk stadium dan tengok bola ‘live’. 

083

Luar Stadium… masa nak balik

Habis perlawanan, kami stay kat dlm stadium… seronok tengok penyokong2 Chelsea meraikan kemenangan pasukan mereka.  Kuar stadium, kami bergambar dulu sebelum bergerak menuju ke Tube utk pulang ke rumah. Masa nak naik Tube pun punya la panjang beratur. Ada yg menyanyi dan macam2 ragam lagi. Apa yang pasti… pengalaman ni paling berharga bagi kami.  

Wassalam.

Advertisement

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.